20 Mac, 2014


JADUAL PEMAKANAN VITAMIN 
SHAKLEE

Ada yang bertanya , kenapa setiap vitamin ni kena makan waktu asing2 ke ??
Nak kena ikut juga ke, nak hentam saja  boleh ke??????


So saya nak share sikit la tentang Jadual untuk makan Vitamin ni kan. Sayang la kalau dah banyak belanja untuk sihat tapi " MEMBAZIR" sebab xde " KESANNYA"..


Ini adalah cadangan untuk kesan yang "Optimum "
Dan untuk mengelakkan kita dari makan semua Vitamin tersebut secara serentak.

So , saya nak kongsi juga la beberapa TIPS tentang Vitamin Shaklee ni... Harap dapat membantu ye... Kang dah beli barang tapi x tau apa yang boleh dan apa yang x boleh kan......


1.  Energizing Soy Protien (ESP)
 Diambil pada waktu pagi sewaktu perut kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding pada waktu lain. Maka semua asid amino dapat diserap dengan lebih berkesan. Bagi yang ingin berdiet, boleh diambil antara waktu makan. Contohnya, antara waktu sarapan pagi ke makan tengahari. Ini dapat mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan kerana ESP membantu kita rasa lebih kenyang.

2. Alfalfa
Jangan diambil bersama dengan Vitamin E @ GLA. Vitamn E akan dihalang oleh Alfalfa dari diserap dengan baik. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah Vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat suka serap lemak. 

3.   Ostematrix (Kalsium)
Disarankan diambil sebelum tidur. Jangan diambil bersama iron (Vitalea / Multivitamin with iron Formula)
 4.   Sustained Release Vitamin C
Jika demam boleh diambil 2 biji sehari. Patahkan dahulu vitamin sebelum ditelan.
5.   Vitalea
Jangan diambil dengan minuman bersusu atau sumber kalsium lain seperti Ostematrix. Ini kerana Ostematrix akan menganggu efisiensi penyerapan zat besi dalam Vitalea.
6.   Vitamin Larut Lemak ( A, D, E & K)
Vitamin ini perlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Disarankan diambil selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak.
7.  Jangan diambil vitamin bersama minuman berkafein atau air berkarbonat kerana akan mengurangkan kadar penyerapan supplement secara efisiensi. Jika hendak minum juga, ambil setengah jam sebelum atau selepas makan vitamin.


 8. Jika anda travel dalam tempoh masa tertentu, jangan abaikan pengambilan vitamin. Sediakan Travel Kit untuk penyimpanan vitamin anda agar vitamin tetap di makan setiap hari walaupun kita travel. Travel Kit ini biasanya di jual di farmasi dalam pelbagai bentuk dan corak pilihan.

9. Yang paling UTAMA, pengambilan air perlulah mencukupi iaitu 2-3 Liter sehari. Jangan kurang. Pengambilan air yang kurang amat menganggu penyerapan vitamin, akhirnya anda tidak mendapat hasil dari vitamin yang di makan.

Semoga tips yang saya kongsikan, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih samar-samar untuk memakan vitamin dengan betul.

Jika berminat Call / PM/ Whatsapp saya di : 018-2575053 ...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan