20 Mac, 2014




PENGAMBILAN B-COMPLEX BOLEH MENGGEMUKKAN???? 

` fakta atau auta `


"Sorry, saya takut nak consume B-complex, 

kerana ia menggemukkan"




Alhamdullilah syukur atas segala nikmat kurniaan Allah.
Selalu kan kita dengar ayat di atas.. B-complex menggemukkan, selera makan bertambah. Maka ramai yang takut dengan pengambilannya. Jom, kita check, betul ke B-complex ni boleh menggemukkan..
 
B-complex shaklee membantu diet anda

Kadang kala apabila kita ke farmasi kita akan terjumpa dengan vitamin yang di label B-complex tetapi kandungan vitamin B di dalamnya tidak mencukupi sehingga 8 jenis vitamin B.
 
 
 
Hubungan antara Vitamin B dengan berat badan
Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin dan termasuk dari 8 jenis vitamin dari kumpulan vitamin B-complex. Vitamin B-complex adalah sangat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah merah dan pengeluaran tenaga.
 
Vitamin B-complex bersifat larut air. Mereka menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarnya kepada glukos. Vitamin B-complex juga merupakan asas tenaga kepada metabolisme protein dan lemak. Semua vitamin B-complex saling bekerjasama dan amat penting untuk kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B secara serentak pada masa yang sama. Vitamin B dan penurunan berat badan adalah saling berkait rapat tetapi ia hanya akan berlaku apabila kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-complex.
 
Vitamin B-complex Shaklee terdiri daripada 8 kumpulan Vitamin B iaitu:
  • Thiamin (B-1)
  • Riboflavin (B-2)
  • Niacin (B-3)
  • Pantothenic Acid (B-5)
  • Pyridoxine (B-6)
  • Folic Acid (B-9)
  • Cobalamin (B-12)
  • Biotin
Setiap kumpulan B mempunyai fungsi tertentu. Maka pengambilan 8 kumpulan B yang sempurna dapat melengkapi keperluan tubuh badan seseorang.
 
 
Sesetengah dari kita sering berfikir bahawa pengambilan vitamin B boleh menggemukkan kerana vitamin B akan menyebabkan seseorang cepat lapar. Apabila kita lapar kita akan makan dengan banyak. Mengapa pula ada sesetengah individu yang makan sebanyak mana pun, badan tetap maintain. Ini pula dikaitkan dengan kadar metabolisme yang tinggi. Badan akan cepat mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak disimpan dalam badan.
  
B-complex membantu dalam pembakaran karbohidrat dan glukos kepada tenaga. Berat badan bertambah apabila banyak karbohidrat, lemak, gula dalam badan yang di ambil hanya disimpan dalam badan. Kekurangan Vitamin B-complex dalam badan yang berfungsi sebagai pencetus pembakaran glukos atau karbohidrat kepada tenaga tidak diambil dengan sempurna.Maka penambahan berat badan akan berlaku.
 
Apabila keperluan Vitamin B dalam badan sudah mencukupi, InsyaAllah pembakaran glukos kepada tenaga akan berjalan dengan baik dan tidak disimpan dalam badan yang boleh menyebabkan kegemukan.
 
Keperluan air juga perlu diambil berat. Air membantu Vitamin B dapat diserap oleh badan dengan optimum.
 
TIPS:
B-complex Shaklee perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisme badan membawa kepada rasa lapar. Maka jika diambil SEBELUM MAKAN, anda berkemungkinan akan makan lebih banyak lagi..
 



 Pengambilan B-complex yang konsisten dapat mmengawal mood lebih baik, mengurangkan stress sepanjang hari.

konsultasi percuma ... hubungi 018-2575053 Zulaiha ( SID: 1032677 )...


 

JADUAL PEMAKANAN VITAMIN 
SHAKLEE

Ada yang bertanya , kenapa setiap vitamin ni kena makan waktu asing2 ke ??
Nak kena ikut juga ke, nak hentam saja  boleh ke??????


So saya nak share sikit la tentang Jadual untuk makan Vitamin ni kan. Sayang la kalau dah banyak belanja untuk sihat tapi " MEMBAZIR" sebab xde " KESANNYA"..


Ini adalah cadangan untuk kesan yang "Optimum "
Dan untuk mengelakkan kita dari makan semua Vitamin tersebut secara serentak.

So , saya nak kongsi juga la beberapa TIPS tentang Vitamin Shaklee ni... Harap dapat membantu ye... Kang dah beli barang tapi x tau apa yang boleh dan apa yang x boleh kan......


1.  Energizing Soy Protien (ESP)
 Diambil pada waktu pagi sewaktu perut kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding pada waktu lain. Maka semua asid amino dapat diserap dengan lebih berkesan. Bagi yang ingin berdiet, boleh diambil antara waktu makan. Contohnya, antara waktu sarapan pagi ke makan tengahari. Ini dapat mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan kerana ESP membantu kita rasa lebih kenyang.

2. Alfalfa
Jangan diambil bersama dengan Vitamin E @ GLA. Vitamn E akan dihalang oleh Alfalfa dari diserap dengan baik. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah Vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat suka serap lemak. 

3.   Ostematrix (Kalsium)
Disarankan diambil sebelum tidur. Jangan diambil bersama iron (Vitalea / Multivitamin with iron Formula)
 4.   Sustained Release Vitamin C
Jika demam boleh diambil 2 biji sehari. Patahkan dahulu vitamin sebelum ditelan.
5.   Vitalea
Jangan diambil dengan minuman bersusu atau sumber kalsium lain seperti Ostematrix. Ini kerana Ostematrix akan menganggu efisiensi penyerapan zat besi dalam Vitalea.
6.   Vitamin Larut Lemak ( A, D, E & K)
Vitamin ini perlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Disarankan diambil selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak.
7.  Jangan diambil vitamin bersama minuman berkafein atau air berkarbonat kerana akan mengurangkan kadar penyerapan supplement secara efisiensi. Jika hendak minum juga, ambil setengah jam sebelum atau selepas makan vitamin.


 8. Jika anda travel dalam tempoh masa tertentu, jangan abaikan pengambilan vitamin. Sediakan Travel Kit untuk penyimpanan vitamin anda agar vitamin tetap di makan setiap hari walaupun kita travel. Travel Kit ini biasanya di jual di farmasi dalam pelbagai bentuk dan corak pilihan.

9. Yang paling UTAMA, pengambilan air perlulah mencukupi iaitu 2-3 Liter sehari. Jangan kurang. Pengambilan air yang kurang amat menganggu penyerapan vitamin, akhirnya anda tidak mendapat hasil dari vitamin yang di makan.

Semoga tips yang saya kongsikan, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih samar-samar untuk memakan vitamin dengan betul.

Jika berminat Call / PM/ Whatsapp saya di : 018-2575053 ...






03 Mac, 2014




Demam ESP bermula..

Ni lah antara Kebaikan dan Kelemahan ESP....



Selalu dengar kawan-kawan dok sebut2 pasal ESP, ESP , tapi mende tu saya x pasti la kan, dan saya x tau apa la kelebihan dan kelemahan ESP ni kan.. 


So sekarang , saya dah boleh bercerita la seberapa ringkas tentang ESP Shaklee ni..... Saya cuba terangkan supaya kengkawan paham apa itu ESP Shaklee....







Begini ...... cewahhhhh

"" ESP adalah singakatan kepada perkataan ENERGIZING SOY PROTEIN "" . Sebab utama kenapa ESP tersangat2 la popularnya , ini kerana  ESP dapat membekalkan sumber protein. So semua dah tau kan , yang mana badan kita memerlukan suber protein. ( mai belajar sains sikit ye ). Jadi dalam pemakanan seharian kita, sumber protein ada dalam ikan, ayam dan daging... Tapi pernah x kita tertanya- tanya kenapa walaupun setiap hari kita makan ayam, kita masih tidak sihat. Agaknya x cukup ke protein dalam lauk2 tu kan. Jawapannya senang je kengkawan, semua lauk2 tu kita masak dulu, so secara automatiknya zat2 protien dalam lauk tu dan musnah, dan apa yang tinggal dah x cukup untuk badan kita yang kerja kuat kadang2 lebih dari 12 jam , Non-Stop.


Kalau kita x cukup protein , apa yang akan berlaku keatas badan kita ?

  • rasa lemah , lesu, x bermaya , dan akhirnya menggeletar
  • kolesterol tinggi , tekanan darah rendah dan mudah jadi pening,
  • punca ulser perut & ulser usus
  • luka lambat sembuh , akhirnya meninggalkan parut,
  • gangguan penglihatan , / lama - kelamaan jadi kabur,
  • antibodi tidak kuat. Kerana bila protein kurang, badan x kuat untuk lawan penyakit yang datang. 




KEBAIKAN ESP SHAKLEE

  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

  • Untuk wanita yang sedang pregnant : ESp kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran. 

  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

KEBURUKAN ESP SHAKLEE

Kesan negative nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya. Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negative. Nak salahkan siapa...tak baik kan gitu.


So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun.

PM/ Whatsapp : 018-2575053 ( Zulaiha ). 




31 Januari, 2014


Untuk orang tersayang......
Saya dah alaminya, anda bile lagi..

Jika anda mengalami perkara berikut semasa menggunakan Produk ini :-
1) Kahak yang terlalu pekat,
2) Kahak Hitam,
3 ) Hidung berair, 
4) Kahak yang rasa macam karat besi...

Itu adalah merupakan tanda-tanda Vitamin ini sedang beraksi didalam badan anda. So jangan takut, teruskan juga pengambilannya...



Your Shaklee Independent Distributor :-
Zulaiha ( ID  1032677 )
SMS / Whatsapp : 018-2575053
Fb Page : My Beauty & Health Shoppe



Sijil Halal Shaklee




Your Shaklee Independent Distributor; 
Zulaiha  (ID 1032677)
SMS/WhatsApp : 018-2575053
Email: melmikha02@gmail.com
Fan Page: My Beauty & Health Shoppe





Manfaat / Kelebihan Vita Lea 

Vita Lea  Iron Formula

Manfaat utama Vita-Lea: 
  • PENAMBAH TENAGA SEGERA : Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 
  • PELENGKAP NUTRISI Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet tidak seimbang. 
  • KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. 
  • METABOLISME Sangat membantu dalam stimulasi metabolise dan melambatkan proses penuaan. 
  • ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH - Menyediakan asas nutrisi - Memastikan sel hidup - Pertumbuhan sel baru - Membantu proses pembesaran - Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon - Menjaga kesihatan tiriod 
  • MELINDUNGI ORGAN -  Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati 
IANYA JUGA MEMBANTU :- 
  1. memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektif ,  
  2. mencantikkan dan menegangkan kulit ,  
  3. menghasilkan kuku yang licin , 
  4. menguatkan akar rambut 
  5. ibu mengandung atau menyusukan anak perlu ambil vita-lea kerana ianya kaya dengan mineral dan vitamin serta iron penting untuk tumbesaran anak. 
  • JIKA ION KURANG  -  mereka akan mudah pening atau mudah pitam membantu mereka yang ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yang alah kepada makanan laut 
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea 
  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat 
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis 
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut 
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah 
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit 
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah 
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan 
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus 
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia 
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun 
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit 
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia 
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan 
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia 
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman 
  • Copper/ Kumprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan 
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda 
Hasil setelah mengamalkan Vita-Lea yang terbaik toqqq!!! ;)


25 Januari, 2014


GLA COMPLEX SHAKLEE





Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E 

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

->>  Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan , 
-->> Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid , 
-->> Lazimnya, masalah period tak teratur ini berpunca daripada ketidakseimbangan hormo, 
-->> Selain itu, stress, masalah berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan keletihan melampau juga turut mempengaruhi kitaran haid seseorang wanita. 

Oleh yang demikian, bagaimana masalah ini dapat diatasi? Sudah tentu dengan pengambilan GLA Complex. 

** Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.**

Apa itu GLA Complex? 

Saya percaya, anda semua mesti pernah dengar tentang supplement EPO atau minyak yang diekstrak dari bunga Evening Primerose bukan? Rata-rata kaum hawa tidak kira yang masih bujang mahupun yang telah berkahwin akan mengamalkannya. Khasiat yang terkandung di dalam evening primerose ini adalah GLA atau nama penuhnya gamma-linolenic acid. GLA merupakan sumber omega 6 yang baik untuk tubuh badan manusia. 

 Namun begitu, berbeza dengan EPO biasa, GLA Complex Shaklee diekstrak daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai borage. Kelebihan borage adalah ianya mengandungi 2 kali ganda khasiat GLA berbanding EPO. 

Borage juga adalah 3 kali ganda lebih bioavailable dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO. Tambahan lagi, Shaklee hanya menggunakan tumbuhan borage yang ditanam secara organik bagi mendapatkan sumber GLAnya. Setiap biji GLA Complex Shaklee turut mengandungi minyak bunga matahari dan Vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 

GLA Complex Shaklee mempunyai banyak fungsi dan tidak terhad pengambilannya untuk wanita sahaja. Bahkan lelaki dan kanak-kanak juga boleh mengamalkannya. Antara kebaikan GLA Complex adalah: 

  • menyeimbangkan hormon mengatur semula kitara haid 
  • membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS dan senggugut 
  • mengurangkan simptom-simptom menapous seperti hot flushes, depresi, insomnia 
  • mencantikkan kulit 
  • membantu menangani masalah eczema dan inflamasi kulit 
  • menghalang komplikasi diabetes dengan menurunkan paras gula 
  • membantu mendapatkan berat badan ideal 
  • mengawal masalah tekanan darah tinggi untuk fungsi saraf 
 Siapa Tidak Perlu Supplement GLA 

GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal. Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan. 

Siapakah yang memerlukan GLA? 

  • Kencing Manis 
Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis 


  • Arthritis 

GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak, dan kekejangan pada waktu pagi.Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk artritis reumatoid. 


  • Payudara fibrocystic 
  • Osteoporosis 
Kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang, semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
  • PMS 
Sesetengah wanita mendapati gejala-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payu dara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahim. 


  • Alahan. 
Orang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA untuk GLA.Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah. 

  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD). 
  • Ketagihan Alkohol. 
GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati. Kanser. 


  • Tekanan Darah Tinggi dan Penyakit Jantung. 
Kajian menunjukkan bahawa GLA, sama ada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak yang penting, EPA dan DHA kedua-dua yang ditemui dalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung. 


  • Ulser. 
 Boleh hubungi saya melalui:  sms/whatsApp: 018-2575053   ID Shaklee: 1032677