31 Januari, 2014


Untuk orang tersayang......
Saya dah alaminya, anda bile lagi..

Jika anda mengalami perkara berikut semasa menggunakan Produk ini :-
1) Kahak yang terlalu pekat,
2) Kahak Hitam,
3 ) Hidung berair, 
4) Kahak yang rasa macam karat besi...

Itu adalah merupakan tanda-tanda Vitamin ini sedang beraksi didalam badan anda. So jangan takut, teruskan juga pengambilannya...



Your Shaklee Independent Distributor :-
Zulaiha ( ID  1032677 )
SMS / Whatsapp : 018-2575053
Fb Page : My Beauty & Health Shoppe



Sijil Halal Shaklee




Your Shaklee Independent Distributor; 
Zulaiha  (ID 1032677)
SMS/WhatsApp : 018-2575053
Email: melmikha02@gmail.com
Fan Page: My Beauty & Health Shoppe





Manfaat / Kelebihan Vita Lea 

Vita Lea  Iron Formula

Manfaat utama Vita-Lea: 
  • PENAMBAH TENAGA SEGERA : Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 
  • PELENGKAP NUTRISI Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet tidak seimbang. 
  • KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. 
  • METABOLISME Sangat membantu dalam stimulasi metabolise dan melambatkan proses penuaan. 
  • ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH - Menyediakan asas nutrisi - Memastikan sel hidup - Pertumbuhan sel baru - Membantu proses pembesaran - Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon - Menjaga kesihatan tiriod 
  • MELINDUNGI ORGAN -  Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati 
IANYA JUGA MEMBANTU :- 
  1. memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektif ,  
  2. mencantikkan dan menegangkan kulit ,  
  3. menghasilkan kuku yang licin , 
  4. menguatkan akar rambut 
  5. ibu mengandung atau menyusukan anak perlu ambil vita-lea kerana ianya kaya dengan mineral dan vitamin serta iron penting untuk tumbesaran anak. 
  • JIKA ION KURANG  -  mereka akan mudah pening atau mudah pitam membantu mereka yang ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yang alah kepada makanan laut 
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea 
  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat 
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis 
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut 
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah 
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit 
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah 
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan 
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus 
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia 
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun 
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit 
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia 
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan 
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia 
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman 
  • Copper/ Kumprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan 
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda 
Hasil setelah mengamalkan Vita-Lea yang terbaik toqqq!!! ;)


25 Januari, 2014


GLA COMPLEX SHAKLEE





Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E 

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

->>  Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan , 
-->> Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid , 
-->> Lazimnya, masalah period tak teratur ini berpunca daripada ketidakseimbangan hormo, 
-->> Selain itu, stress, masalah berat badan berlebihan, pengambilan ubat-ubatan tertentu dan keletihan melampau juga turut mempengaruhi kitaran haid seseorang wanita. 

Oleh yang demikian, bagaimana masalah ini dapat diatasi? Sudah tentu dengan pengambilan GLA Complex. 

** Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.**

Apa itu GLA Complex? 

Saya percaya, anda semua mesti pernah dengar tentang supplement EPO atau minyak yang diekstrak dari bunga Evening Primerose bukan? Rata-rata kaum hawa tidak kira yang masih bujang mahupun yang telah berkahwin akan mengamalkannya. Khasiat yang terkandung di dalam evening primerose ini adalah GLA atau nama penuhnya gamma-linolenic acid. GLA merupakan sumber omega 6 yang baik untuk tubuh badan manusia. 

 Namun begitu, berbeza dengan EPO biasa, GLA Complex Shaklee diekstrak daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai borage. Kelebihan borage adalah ianya mengandungi 2 kali ganda khasiat GLA berbanding EPO. 

Borage juga adalah 3 kali ganda lebih bioavailable dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO. Tambahan lagi, Shaklee hanya menggunakan tumbuhan borage yang ditanam secara organik bagi mendapatkan sumber GLAnya. Setiap biji GLA Complex Shaklee turut mengandungi minyak bunga matahari dan Vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 

GLA Complex Shaklee mempunyai banyak fungsi dan tidak terhad pengambilannya untuk wanita sahaja. Bahkan lelaki dan kanak-kanak juga boleh mengamalkannya. Antara kebaikan GLA Complex adalah: 

  • menyeimbangkan hormon mengatur semula kitara haid 
  • membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS dan senggugut 
  • mengurangkan simptom-simptom menapous seperti hot flushes, depresi, insomnia 
  • mencantikkan kulit 
  • membantu menangani masalah eczema dan inflamasi kulit 
  • menghalang komplikasi diabetes dengan menurunkan paras gula 
  • membantu mendapatkan berat badan ideal 
  • mengawal masalah tekanan darah tinggi untuk fungsi saraf 
 Siapa Tidak Perlu Supplement GLA 

GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal. Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan. 

Siapakah yang memerlukan GLA? 

  • Kencing Manis 
Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis 


  • Arthritis 

GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak, dan kekejangan pada waktu pagi.Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk artritis reumatoid. 


  • Payudara fibrocystic 
  • Osteoporosis 
Kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang, semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
  • PMS 
Sesetengah wanita mendapati gejala-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payu dara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahim. 


  • Alahan. 
Orang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA untuk GLA.Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah. 

  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD). 
  • Ketagihan Alkohol. 
GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati. Kanser. 


  • Tekanan Darah Tinggi dan Penyakit Jantung. 
Kajian menunjukkan bahawa GLA, sama ada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak yang penting, EPA dan DHA kedua-dua yang ditemui dalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung. 


  • Ulser. 
 Boleh hubungi saya melalui:  sms/whatsApp: 018-2575053   ID Shaklee: 1032677          



23 Januari, 2014

Bukan Senang Nak Kaya....

Pagi ni aku ada baca paper la. Pasal  `Gores dan Menang....`
Emmm kalau ikut logik akal, mana la ada peluang yang begitu mudah untuk mendapatkan sesuatu barang, tanpa perlu usaha yang lebih.
Tapi tu la namanya manusia, mudah gelap mata, bila melibatkan unsur $$$$$....
Bohong kalau aku katakan aku x pernah buat mende tu.
Tapi bile tengok cara budak2 gores dan menang tu, memang hati jadi cukup2 kompius..

  1. Mula2 suruh gores...
  2. Pastu kita gores la kad tu, dengan perasaan yang begitu terujakan , 
  3. Bila kita tau apa yang kita "BAKAL" dapat terus ayat budak2 ` Gores dan Menang ` tu pun berubah.
" Okey tahniah!!!!! Akak dah menang Kereta Perdana la ." So sekarang akak kena bayar "CENGKERAMNYA".. Aik td dah kata percuma.... Dari situ dah nampak permainannya tu kan.



Aku pun dok layan lagi la " Berapa ye kena bayar untuk keluarkan kereta tu? "....
" Jap ye kak saya nak call Opis tanya berapa...". Emmm dalam hati dah berbunga2 ni. X sabar nak bagi sedikit syarahan nih... " Okey kak , saya dah call opis, dia minta akak p kat pejabat kami di.... ( x payah sebut la kan ).. ".. " Sorry la dik, akak nak kerja lagi nih .". " Ala kak rugi tau kalau akak x amik kereta ni, bukan senang nak menang mende macam ni."... " Emm xpa la dik, akak ni bukan tau bawa keta pun, banyak2 pun nak buat apa. Cukup la abang dah tolong bawa akak nak p mana2 , macam ni lah ye. apa kata adik yang keluarkan " CENGKERAM " tu dan adik p tebus kereta Perdana tu, boleh"..." Lagipun opis adik bukan tau pun akak yang goreskan..." 



Dok kejar aku masa masuk dalam kereta. " akak kalau dah gores ni akak kena bayar juga la"... Amboi2.... nak kena budak ni.... Lantak ko la budak. Buang masa je aku dok layan ko.......

Cuma yang aku peliknya tu.. kenapa la kebanyakkannya oorang melayu je target Pihak Gores dan Menang ni kan. Mungkin la sebab orang melayu ni nak cari harta dengan cara yang begitu mudah....

Moral of the story " Bukan senang nak senang, tapi senang je nak susah "...






19 Januari, 2014



Keajaiban Omega Guard Shaklee




Petang tadi ada kawan call, bukan main suka dia cerita kat saya.
Aritu kebetulan share pasal omega di FB ni, so dia ambil utk isteri dia yg sedang menyusu, tapi dia ngelat, dia 'curi2' ambil juga sebab nak kurangkan buncit. Alah, biasalah org dah kawen kan, so buncit tu mesti ada.
.
Yang best dia ngadu, 
"Apa hal aku ambil Omega ni cepat sangat ilang buncitnya, baru dua minggu dah makin surut 'busung' ni. Dah tu pagi tadi pergi cek kolesterol, merudum terus, normal setelah 5 tahun mencanak jer. Yang aku tak puas ati, kenapa cepat abis omega ni?"

Ayat yg paling best,
"Aku nak tempah lagi satu set, murah sikit la ni. Ada promo omegakan sekarang? Nanti kalau ada promo apa2 lagi, bgtau aku ok?"
.
Dia pula yg dah pandai request promo...huhu. 
Tak tahan yg cepat abis tu. Ye la, dah ko makan utk 2 org yg asalnya utk sorang, mmg la.

Ok la, janji bahagia dengan Shaklee. Jangan stop ubat hospital sampai la Dr arahkan ok 








  •  "Saya xde modal nak buat Shaklee..."
  •  "Saya xpernah guna produk Shaklee, camner nak share??"
  •  "Saya xreti nak share ttg Shaklee...camner nak dapat info2?" 
  • "Saya seganlah nak share ttg Shaklee..." 
 Saya yakin ni antara persoalan2 yang sering bermain di fikiran anda semua. Sebab tu anda masih xbuat apa2, anda stuck dari mana anda nak mula, betul tak??

 Baiklah...rileks, tenangkan hati, tarik nafas dalam2....jgn bimbang, kalau anda rasa seperti di atas, SAYA dari dulu lg dah rasa semua tu...kalau anda rasa malu nak cerita ttg Shaklee, saya LAGI 10x ganda malu dr anda!


Hubungi saya di Whatsapp : 018-2575053 .
PM di FB :  Mel Mikha / My Beauty & Health Shoppe.



                       TANDA-TANDA RESDUNG


- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN 

 - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

- Apabila kawan-kawan  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Kawan-kawan  yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan.


Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.






Cara pengambilan :

B-Complex – 1 biji sehari (selepas makan).

Vitamin C – 2 biji sehari. 1 biji pagi, 1 biji malam (selepas makan).

Alfalfa – 4 biji sehari. 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan).


untuk maklumat lanjut mengenai keahlian shaklee / pembelian produk / jana pendapatan 4-5 angka dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui:




FB: Mel Mikha / My Beauty & Health Shoppe
SMS/whatsapp :  018-2575053 ( Zulaiha ) 
email: melmikha02@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


16 Januari, 2014

Lagi, Lagi Promosi

Disebabkan sepanjang bulan Januari ini akan berlangsungnya promosi Alfalfa, jadi kesempatan ini saya ambil untuk bercerita serba sedikit mengenai 1001 khasiat yg boleh diperolehi dengan mengamalkan alfalfa secara konsisten. 

Medicago Sativa
Alfalfa juga mendapat jolokan yang diberikan sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Mengapa? Ini adalah kerana tumbuhan ini paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian dan telah pun digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun. Tumbuhan Alfalfa ini mampu membekalkan nutrisi yg mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia sangat kaya dengan protein, asid amino, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi menyamai segelas susu. Hebat bukan?

Disebabkan kehebatan tumbuhan ini, Dr Forest Shaklee telah membangunkan satu formula signature Shaklee  dalam tahun 1950an yg dinamakan ALFALFA COMPLEX untuk berkongsi segala manfaat serta khasiat Alfalfa ini.

Sebelum saya pergi kepada manfaat utama dan khasiat alfalfa ini...apa kata kita tengok dulu cara pemprosesan formula yg hebat ini.

Alfalfa Complex Shaklee dihasilkan dari tanaman Alfalfa yang paling tinggi grednya iaitu Medicago Sativa yang ditanam secara organik di California yg mana ia bebas pestisid, herbasid dan menggunakan kompos/baja yg bebas kimia. Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak kerana daun yg matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini kemudiannya dikeringkan secara semulajadi supaya nutrisinya akan terpelihara dan kemudian akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompreskan menjadi tablet yg mudah untuk kita ambil. Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa.

Keseluruhan proses penghasilan Alfalfa Complex ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yg sangat ketat. Oleh itu anda tidak perlu risau tentang keselamatan dan kualiti produk ini. Ia dijamin selamat dan berkesan.

Jadi apa pula kehebatan Alfalfa Complex ini?

Alfalfa Complex -- Shaklee Signature


Terlalu banyak manfaat yg boleh diperolehi dari pengambilan Alfalfa Complex ini. Di sini saya senaraikan sekilas manfaat yg boleh diperolehi untuk rujukan anda semua:

  • Fungi utama alfalfa ialah untuk mencuci hati, darah dan usus -- oleh itu ia amat sesuai diambil bagi anda yg ingin kekal sihat kerana ia berupaya menghilangkan toksin di dalam badan, boleh membersihkan hati, kolon dan darah. Ini sekaligus akan mencantikkan kulit dan otot. Sifat alfalfa yg beralkali sangat membantu untuk seimbangkan pH badan yg terlebih asid.
  • Berupaya melawan alahan -- Sangat dicadangkan kepada mereka yg mengalami alahan seperti resdung, ekzema dan lain-lain alahan kulit serta dpat memperbaikit hidung sensitif, kurap, ulat air (athlete's foot) dengan berkesan. Juga baik untuk membantu mereka yg mengalami masalah bau badan.
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, ulser dan gastrik, sembelit, hepatitis dan hyperacidity.
  • Mencegah serta melawan penyakit arthritis.
  • Melegakan keletihan dan rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  • Sangat dicadangkan kepada mereka yg menghidapi penyakit gout kerana dapat membuang asid urik yg berlebihan.
  • Bagi wanita pula, alfalfa sangat membantu dalam mengurangkan keputihan dan dipercayai dapat berfungsi seperti kacip fatimah yg sangat membantu dalam hubungan suami isteri di mana dipercayai dapat memberi lebih "grip" dan mengelakkan "kering" tatkala bersama. Dipercayai juga dapat membantu dalam kesihatan dalaman wanita dan menyihatkan rahim. Oleh itu kepada mereka yg sedang cuba untuk hamil, alfalfa juga boleh diambil sebagai ikhtiar.
  • Sangat-sangat membantu dalam penyingkiran lemak serta kolesterol kerana menganduni saponin yg berfungsi seperti span yg bertindak sebagai serat yg menyerap kolesterol. Oleh itu, alfalfa sangat dicadangkan kepada mereka yg mengalami paras kolesterol yg tinggi, mereka yg mengalami darah tinggi dan juga masalah jantung. Sangat membantu bagi mereka yg ingin langsing secara sihat dan semulajadi terutamanya bagi ibu-ibu menyusu yg ingin langsing kerana alfalfa adalah selamat dan tidak memberi kesan kepada baby anda juga.
  • Dipercayai jika anda mengambil 30-50 tablet alfalfa untuk mengalkalikan badan dan secara tak langsung dapat memperbaiki kanser dan membuang tumor secara semulajadi.
  • Merupakan teman setia ibu-ibu yg menyusukan kerana dipercayai alfalfa juga boleh bertindak sebagai "milk booster". Yang penting ia selamat untuk mama dan baby:)
Betul tak saya cakap tadi..terlalu banyak manfaat yg dapat diperolehi dari pengambilan alfalfa ini. Yang bestnya, kita dapat kekal sihat secara semulajadi tanpa perlu mengambil ubat-ubatan sintetik yg pastinya akan membawa banyak keburukan pada diri kita dalam jangkamasa panjang. Sebenarnya, terdapat banyak lagi manfaat dan khasiat alfalfa ni, insyaALLAH jika berkesempatan saya akan update dalam entri yg lain.

Oleh itu, bersempena dengan promosi Bulan November ini, apa kata anda dapatkan alfalfa. Terdapat dua pilihan, botol besar dengan 700 biji tablet dan botol kecil dengan 330 tablet.

Hubungi saya sekarang untuk harga yg ISTIMEWA ya:






10 Januari, 2014

Kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)...Apakah Definisi dan Langkah Pengawasan Yang Perlu Diketahui??



Bagai nak runtuh hatiku bila Cik Misi bagi tau " Puan, anak puan disyaki ada G6PD ". Hancur luluh hatiku. Dah la masa aku dapat tahu berita tu, hanya aku seorang didalam wad. Bile dah dia inform kat aku pasal anak kena G6PD, terus dibawa anak aku ke wad NICU, tinggal lah aku keseorangan didalam wad. 


Menunggu suami datang, kononnya nak bawa aku dan anak balik kerumah la.... Didalam hati terus terfikir apa la menatangnya G6PD tu. 

Tak lama kemudian datang pulak Doktor kedalam bilik..." Huihhhhh, teruk sangat ke sakit G6PD anak aku nih ?". Entah apa yang doktor tu cakap aku pun x paham.... Rasa nak menjerit pun ada.... 


Akhirnya aku dan baby terlantar di wad NICU selama lebih kurang 7 hari. Bayangkan dalam keadaan yang sepatutnya berpantang didalam rumah tapi aku berpantang didalam wad. Turun naik katil.... Anak pulak jauh dari kita... Yaallah sedih dan pedih rasa hati.... Tapi pada teman2 didalam wad la tempat aku mencurah rasa hati... 

So sekarang aku nak kongsikan apa itu penyakit G6PD....... Ini serba sedikit yang aku tahulah. Sebab sampai sekarang aku masih belajar tentang G6PD. Sebab aku kena sentiasa berhati-hati dengan sebarang bentuk persekitaran dan makanan yang akan anak aku ambil. 


Apa itu Penyakit G6PD?
Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia merupakan  satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.
Penyakit ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan enzim G6PD.
Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD?
Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.
Berapa kerapkah berlakunya kes kekurangan enzim G6PD?
  • Dianggarkan seramai 400 juta manusia seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD. Keadaan ini selalunya berlaku di bahagian-bahagian tertentu Afrika, Asia dan Mediterranean.
  • Kawasan yang biasanya berlaku malaria juga mempunyai kes kekurangan enzim G6PD yang tinggi.
  • Di Malaysia pula dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah ini.

Apakah gen yang bertangggungjawab menyebabkan kekurangan enzim G6PD?
Punca utama kepada berlakunya masalah kekurangan enzim G6PD ialah mutasi di dalam gen G6PD. Gen G6PD mengeluarkan arahan supaya enzim G6PD dibentuk. Enzim ini terlibat dengan normal pemprosesan karbohidrat dan ia juga melindungi sel-sel darah merah daripada molekul berbahaya yang dipanggil molekul oksigen reaktif. Molekul ini merupakan hasil kumuhan sel. Tindak balas kimia yang melibatkan G6PD menghasilkan unsur yang mencegah molekul oksigen reaktif daripada terbina dan terkumpul di dalam sel darah merah sekaligus melindungi sel darah merah daripada pecah.
Sekiranya mutasi di dalam gen G6PD mengurangkan kuantiti enzim G6PD atau menukarkan strukturnya, enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya sebagai pelindung sel darah merah sekaligus menyebabkan pengumpulan molekul oksigen reaktif yang membawa kerosakan kepada sel darah merah. Faktor seperti jangkitan,sesetengah ubat-ubatan, ataupun memakan kacang parang boleh meningkatkan paras molekul oksigen reaktif dan ini akan menyebabkan sel darah merah dimusnahkan lebih cepat berbanding penghasilannya. Berkurangnya sel darah merah membawa kepada timbulnya simptom dan tanda hemolitik anemia.
Banyak penyelidik percaya yang pembawa-pembawa G6PD mungkin dilindungi daripada penyakit malaria. Ini kerana pada pandangan mereka berkurangnya fungsi enzim G6PD menyebabkan parasit sukar untuk masuk ke dalam sel darah merah.
Bagaimanakah seseorang itu mewarisi kekurangan enzim G6PD?
Masalah kekurangan enzim G6PD ini ditentukan oleh kromosom resesif X. Gen yang dikaitkan dengan masalah kekurangan enzim ini terletak pada kromosom X. Lelaki hanya mempunyai satu kromosom X. Oleh itu, sebarang perubahan secara mutasi pada kromosom X tersebut sudah cukup untuk mewujudkan keadaan kekurangan enzim G6PD. Berlainan pula dengan perempuan yang mempunyai 2 kromosom X, mutasi perlu berlaku pada kedua-dua kromosom untuk mewujudkan keadaan kekurangan enzim G6PD ini. Oleh kerana faktor inilah, kebanyakan pesakit kekurangan enzim G6PD adalah lelaki.
Bagaimana masalah kekurangan G6PD ini dikesan?
Berdasarkan sampel darah yang diambil, pesakit kekurangan enzim G6PD akan menunjukkan kandungan haemoglobin yang kurang dan bilirubin yang tinggi di dalam darah.
Ujian spesifik paras enzim G6PD menunjukkan kandungan enzim yang rendah di dalam darah. Walau bagaimanapun semasa fasa akut, paras enzim di dalam darah mungkin normal atau hampir normal kerana sel yang terbabit semuanya dimusnahkan meninggalkan sel darah merah muda yang mempunyai paras normal enzim G6PD.
Oleh kerana keadaan ini adalah diwarisi daripada ibu yang merupakan pembawa gen tersebut, darah ibu pesakit akan menunjukkan paras enzim G6PD yang rendah daripada normal ataupun sedikit rendah daripada normal. Ini menguatkan lagi diagnosis kekurangan enzim G6PD pesakit.

Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD?
Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD, hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD ini.
Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan, jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.
Jaundis dapat dilihat pada bahagian mata putih pesakit apabila berlakunya hemolisis di dalam pesakit kekurangan enzim G6PD.
Bagi bayi baru lahir, kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan jaundis(kekuningan) yang patologik. Jaundis pada bayi-bayi yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah perlu menjalani transfusi darah.
Walaupun ramai yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD ini, tetapi ramai yang tidak pernah menghadapi gejala-gejala atau tanda-tanda seperti di atas.

Apakah ubat-ubatan yang patut dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD?
  1. Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria )
  2. Sulfonamides  : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine.
  3. Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon).
  4. Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium).
  5. Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole.
  6. Miscellaneous
    1. Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi)
    2. Probenecid
    3. Dimercaprol (BAL)
    4. Flutamide (Eulexin)
    5. Methylene Blue
    6. Tolouidine Blue
    7. Napthalene ( ubat gegat )

Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan oleh pesakit kekurangan enzim G6PD?
1)Kesemua ubat yang “contraindicated” di dalam kes G6PD
2)Mungkin tidak boleh digunakan di dalam kes Kelas 1 G6PD.
Mengikut klasifikasi WHO, G6PD dibahagikan kepada 5 kelas. Kelas 1-3 merupakan keadaan kekurangan enzim.
Kelas 1 : Kekurangan enzim yang teruk (iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kronik hemolitik anemia.
Kelas 2 : Kekurangan enzim yang teruk ( iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan  kadang-kadang berlakunya hemolisis.
Kelas 3: Kekurangan enzim yang sedikit ( dengan 10-60 % aktiviti ), hemolisis hanya berlaku apabila wujudnya keadaan stres iaitu ketika jangkitan, ubat-ubatan tertentu dan pengambilan kacang parang.
Kelas 4: Varian tanpa kekurangan enzim, dengan tiadanya symptom atau tanda.
Kelas 5: Aktiviti enzim meningkat dengan tiadanya symptom atau tanda.
Antara ubat-ubatan yang boleh diambil oleh pesakit kekurangan enzim G6PD:
  1. Analgesics
    1. Acetaminophen ( paracetamol )
    2. Aspirin ( boleh diberikan tapi dalam dos yang sederhana sahaja )
    3. AuralganCardiovascular Agents                
    4. Procainamide
    5. Quinidine
  2. Neurologic Agents
    1. Trihexyphenidyl
    2. Levodopa
    3. Phenytoin
  3. Antibiotics
    1. Chloramphenicol
    2. Chloroquine
    3. Isoniazid
    4. Probenecid
    5. Proguanil
    6. Pyrimethamine
  4. Miscellaneous
    1. Vitamin C
    2. Colchicine
    3. Diphenhydramine

Seriuskah masalah kekurangan enzim G6PD?
Jika diberi rawatan dan nasihat yang betul, pesakit boleh hidup dengan gaya hidup yang normal. Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang masalah dalam tempoh yang panjang. Walaubagaimanapun apabila episod hemolitik anemia berlaku,ia perlu dirawat dengan rawatan yang sesuai.

Pesakit mengalami masalah kekurangan enzim G6PD, apakah yang patut dilakukan?
Anda dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya,semua jenis kacang atau produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol.
Apabila berjumpa dengan doktor, anda hendaklah memberitahu doctor yang anda mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia kepada anda.
Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic dan lain-lain ubat-ubatab tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
Ketidaknormal gen bertanggungjawab terhadap kekurangan enzim ini yang biasanya mensasarkan kromosom X. Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, mereka lebih berpotensi mengalaminya berbanding bayi perempuan yang mempunyai dua kromosom X. Apabila satu mengalami kekurangan enzim, satu lagi normal menjadikan enzim perempuan lebih seimbang. Begitupun, G6PD mempunyai beberapa tahap bergantung kepada peratusan kehilangan enzim terbabit.
Dari segi perubatan, ia bukan penyakit dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria), sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.
PERHATIAN:

Ibu yang menyusukan baby dengan kekurangan G6PD tidak boleh mengambil Alfalfa. Sebagai alternatif boleh mengambil ESP Ostematrix ATAU Eu Four Pack bagi tujuan membantu penyusuan.